Monday, June 28, 2010

mek salmah dari scotland suko make budu..

jogho= belago lembu..

ghetok keretapi rutuh kena bom..

lesap..pantai Pak Amat..tinggale sejarah..

kelATE JaH ada Bae tebaka..lain xdop!!

dulu kelate xdop pasar..pakat jual tepi jalan..

bandar Tumpat zaman rituh..

team Red Worriors..

indahnya sawah padi belakang tuh Bukit Yong..

musim banjir kampungku..huhu..

keindahan di muka kuala Tok Bali..

rumah sawah lama di kg dalam huma, Sg Petai..

balai polis lama di kusial baru..

kg cina,paloh rawa...

30 & 31 MAC arijadi sulte..

13) Setiap tahun pd suatu ketika dahulu Hari Keputeraan Sultan Kelantan disambut
meriah oleh rakyat Kelantan. Antara acara sambutan ialah Pesta Air yg
dijalankan berhadapan Tambatan D’Raja. Pada waktu ini rakyat keluar
berbondong-bondong utk menyaksikan sama ada dr tebing sungai mahu pun bot2 /
perahu2 yg berlabuh di tengah sungai. Pelbagai pertandingan dibuat antaranya
perahu berhias, pukul bantal, lumba perahu/bot laju dan berebut itik.
Rakyat pada waktu tu cukup menghormati rajanya sehingga Hari Keputeraan ini
dipanggil “Hari Puja Umur” dan cuti diberikan sebanyak 2 hari. Kini?

zaman dulu pun ada tol dikelate..

12) Jambatan Sultan Yahya Petra dibina semasa pemerintahan PAS di Kelantan dalam
tahun 60an menghubungkan Kg Sireh dan Pasir Pekan. Apabila siap, ia menjadi
salah satu jambatan terpanjang di Malaysia pada waktu itu. Ia mengenakan tol
bagi setiap kenderaan yg menggunakannya. Tol ini telah menjadi salah satu
sumber pendapatan utama bagi kerajaan PAS waktu itu ekoran diskriminasi yang
amalkan kerajaan pusat.
Agaknya kalau tiada diskriminasi, Kota Bharu dah jadi bandaraya yg terbesar di
pantai timur. Dan mungkin juga dengan tiadanya diskriminasi, Jambatan Sultan
Yahya Petra Kedua telah lama disiapkan.

gali kereta buruk..

11) Tapak pelupusan sampah bagi Bandar Kota Bharu suatu ketika dulu adalah di tepi
Sg Kelantan iaitu di Kg Sg Budor. Timbunan sampah serta kereta2 buruk telah
mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut serta mencemarkan sungai Kelantan.
Mungkin atas isu alam sekitar, MPKB telah memindahkan ke tapak pelupusan yang
baru.
Kepada pengutip besi buruk, pergilah gali tebing sungai tu untuk mendapatkan
berpuluh buah badan kereta yg tertimbus kat situ.

belajar berkecek...

10) Banyak perkataan asal (original) yg digunakan masyarakat dahulu telah pupus
dari penggunaan generasi kini dibawa arus peredaran masa. Contoh perkataan
tersebut :
1) Sakar = gula
2) Buoh topoh = epal
3) Jebo = botol
4) Dan banyak lagi.
Perkataan ini sering digunakan org Kelantan tetapi kini tidak lagi. Namun
masyarakat Melayu Selatan Thailand masih menggunakannya.
9) Suatu ketika dulu Kelantan pernah menerima bencana yang amat dahsyat (mungkin
hampir seperti tsunami yg melanda Acheh). Puting Beliung yg melanda Kelantan
pada waktu itu menyebabkan banyak tanaman musnah, haiwan ternakan mati dan
pokok2 bergelimpangan. Kebuluran melanda dan ramai yg terkorban akibat taufan
dan penyakit yg melanda selepas kejadian itu iaitu taun. Ramai yg tak dapat
membuat padi kerana haiwan yg digunakan utk membajak banyak telah mati.
Kemiskinan amat menyayat hati. Ramai yg merantau meninggalkan tanah air ke
Terengganu, Pahang termasuk juga Johor (Kg Kelantan yg terdapat di Muar Johor
juga dipercayai dibuka ekoran tragedy ini). Bagi keluarga yg mempunyai anak
perempuan, ibubapanya akan menikahkan secepat mungkin utk mengurangkan bebanan
keluarga. Untuk cerita selanjutnya, bacalah buku “Warisan Kelantan”..

sejarah jambatan besi guilermard,kursial baru..

8) Sebelum saudara Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, penggal persekolahan
dibahagikan kpd tiga. Cuti penggal persekolahan pertama selama 2 minggu pd
bulan April, cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu pd bulan Ogos
dan cuti penggal ketiga selama dua bulan pada bulan November dan Disember.
Cuti penggal pertama amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kg Laut dan kg
sekitarnya seperti Palekbang dan Sg Pinang. Kenapa? Sebabnya adalah pesta
pantai. Pada waktu inilah hampir seluruh penduduk Kg Laut akan meninggalkan
rumah masing2 utk ke Pantai Kuda yg terletak di Muara Sg Kelantan. Berpuluh dan
mungkin beratus buah bangsal (waktu tu belum ada khemah) yg dibuat drp buluh
dan pelepah kelapa didirikan. Mereka akan berkampung di sini selama beberapa
malam. Tak tahulah apa keistimewaan pantai ini yg hanyalah sebuah beting pasir
dikelilingi sungai dan laut dan ditumbuhi rumput berduri.
Tradisi ini wujud sejak turun temurun sehinggalah cuti persekolahan diubah.
Walaupun cuba dihidupkan kembali pd akhir tahun 80an namun keadaan dah berubah
dan tidak mendapat sambutan. Kekallah ia sebagai NOSTALGIA PENDUDUK KG LAUT.

kelakar hantu jepun..

7) Mengikut cerita orang tua, selepas peninggalan Jepun dari Kelantan, orang
Kelantan masih terus dibelenggu ketakutan. Ketakutan kali ini bukan dari askar
Jepun sebaliknya dari hantu jepun yang sering merayau di waktu malam. Banyak
sumber yang mengatakan, selepas solat isyak di surau, jemaah akan terus
bergegas pulang ke rumah masing2 kerana takutkan hantu ini walaupun sebelum ini
mereka sempat bersembang sehingga larut malam. Ramai juga yang maut kerana
wabak penyakit terutama dari mayat2 yg tak diselenggara secara baik. Keadaan
ini berlarutan untuk beberapa tahun.
Macam mana rupa hantu Jepun tu yer? Bagi yang ada atuk/nenek yg sempat merasai
zaman Jepun, bolehlah bertanya mereka tentang hal ini.

sejarah pasar CT Khadijah..

6) Pasar utama Kota Bharu suatu ketika dulu bertempat di Pengkalan Lido (sekarang
ini adalah tapak Hotel River View). Ia menjadi tempat tumpuan penduduk di
lembangan Sg Kelantan mendapatkan bekalan keperluan mereka. Penduduk di
kepulauan delta termasuk Kedai Buloh akan membawa hasil laut utk didagangkan
menggunakan perahu layar. Penduduk di tempat2 lain juga membawa hasil tempatan
utk didagangkan di sini menggunakan pengangkutan sungai.
Selepas bangunan pasar baru dibina (sekarang ini Pasar MPKB – juga bakal
diruntuhkan), Pasar Pengkalan Lido terus beroperasi utk beberapa waktu. Kini
pasar utama Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah di Buluh Kubu.
Pasar Pengkalan Lido mendapat nama dr nama pawagam Lido yg didirikan di sini.
Orang dulu-dulu pun suka ke panggung wayang. Hehehehehe...

kg2 lama..

5) Penduduk Kelantan dipercayai berasal dari beberapa buah kampung tertua Kelantan
(dipercayai 9 buah kesemuanya). Antaranya Kg Laut, Penambang, Banggol dan
Padang Pak Amat. Kampung2 tertua ini suatu ketika dulu terletak di pesisiran
pantai, namun disebabkan perubahan geografi kg2 ini terletak jauh ke daratan.
Dulu ada sebuah kg di Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang menjadi perkampungan
penduduk yang berasal dr Kg Laut iaitu Kg Pasir yg kini telah dimusnahkan oleh
pembangunan. Jadi, kalau anda adalah anak Kelantan tak kiralah di mana anda
tinggal sekarang ini sama ada di Kelantan atau luar Kelantan, cubalah cek
salasilah keluarga anda, dr kg manakah anda berasal.

Sunday, June 27, 2010

keretapi lama...

4) Stesyen kereta api Palekbang merupakan stesyen kereta api utama di Kelantan
suatu ketika dahulu. Ia menjadi hub utama bagi penduduk Jajahan Tumpat dan Kota
Bharu untuk ke sesuatu tempat terutama ke Pahang dan negeri Pantai Barat.
Perkhidmatan feri (yang menggunakan kayuhan roda besar dan mampu membawa
kereta) disediakan dari Kota Bharu ke Palekbang utk kemudahan penduduk Kota
Bharu untuk ke stesyen kereta api ini. Minyak juga diangkut dari stesyen kereta
api ini ke Kota Bharu menggunakan kapal minyak. Kilang air F&N juga didirikan
bersebelahan stesyen kereta api ini.
Selepas siap pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi Stesyen Kereta api
Palekbang sebagai stesyen utama bagi dua jajahan ini telah diambilalih secara
berperingkat-peringkat oleh Stesyen Kereta api Wakaf Bharu.
Kini semuanya tinggal kenangan, semua bangunan telah dirobohkan. Yang ada
hanyalah tapak.

nama ibu negeri Kelate..

3) Ibu negeri Kelantan berubah tempat beberapa kali. Mengikut sejarah, Kota Kubang
Labu berhampiran Pasir Pekan pernah dijadikan ibu negeri semasa zaman
pemerintahan Puteri Saadong. Kemudian berpindah ke beberapa tempat.
Salah satu tempat ialah yg terletak di antara Tambatan D’Raja dan Sungai Budor.
Raja yg memerintah pada zaman tersebut merasakan ibu negeri baru ini tidak
selamat dari ancaman banjir dari air Sungai Kelantan telah memerintahkan sebuah
sungai digali dr Kg Kutan ke Pohon Tanjung bertujuan untuk melencongkan laluan
air semasa musim banjir. Disebabkan masa tu belum ada jurutera yg boleh
menasihati raja, maka ibu negeri Kelantan tetap digenangi banjir dan terhakis
seterusnya tenggelam ke dalam Sungai Kelantan yg memaksa ibu negeri Kelantan
sekali lagi dipindahkan ke Kota Bharu sehingga kini (bermula di kawasan Padang
Bank dan Dalam Kota)
Sebab itulah kalau anda memandu dari Pasir Pekan ke Kota Bharu, sebelum
melintasi Jambatan Sultan Yahya Petra anda akan menemui “Sungai Raja Gali”.

alkisah petunjuk arah..

2) Org Kelantan dahulu kala tidak menggunakan arah mata angin sebagaimana sekarang
iaitu utara, selatan, timur dan barat. Sebaliknya mereka menggunakan istilah
hulu dan hilir (merujuk arah sungai), naik dan jatuh (merujuk kepada pergerakan
matahari). Sebab itulah kalau ada sesebuah rumah lama yg dirombak binaannya,
anda akan terjumpa perkataan2 ini pada alang2 rumah tersebut. Untuk merujuk
arah timur laut, mereka menggunakan perkataan “hilir naik”, tenggara sebagai
“hulu naik” dan seterusnya.
Kalau di tengah laut macamana pula yer?

salasilah keropok lekor...

1) Perkataan “keropok lekor” adalah berasal dr loghat Terengganu. Orang Kelantan
dahulu kala menyebut keropok tersebut sebagai “keropok leyka” (comes from the
word “lingkar”). Keropok ini mendapat nama dr kaedah pembuatan yg mula
diperkenalkan iaitu selepas keropok ini digentel sehingga panjang, keropok ini
akan dilingkar di dalam badang atau talam sebelum direbus. Sesetengah tempat di
Kelantan ia dikenali juga sebagai “keropok gotey” dan “keropok bbatey”.
Disebabkan Terengganu yg lebih dahulu mengkomersialkan keropok ini, maka
kekallah nama “keropok lekor” walaupun tidak sedikit industry ini di Kelantan.